Tuesday, September 4, 2007

Senarai Tutor-Tutee KBT Terkini

Berikut adalah senarai tutee mengikut tutor masing-masing yang telah diperolehi sehingga 4 September 2007 menerusi Puan Halijah bt. Osman.


KBT: Persamaan Terbitan
Tutor: Nurul Azilah Binti Ibrahim (mendaftar pada 29.8.2007-1.54 pm)
Status: Pelajar 4 SPT
Pensyarah: Puan Halijah binti Osman

Senarai Tutee:

KBT: Persamaan Terbitan A

  1. Sina David
  2. Hafizah Pakah
  3. Stillar Sitim
  4. Nor Suriati Jainuri

KBT: Persamaan Terbitan B
  1. Nor Fazilah Ghazali
  2. Rohasliza Abdul Hadzi
  3. Beatrice Andrew
  4. Haldi Chu

Nota: Aktiviti hendaklah dijalankan secara serentak di dalam kelas yang sama. Aktiviti hendaklah berasaskan modul yang disediakan di bahagian muat turun.


KBT: Statistik 1
Nama: Norulhuda Ismail (mendaftar pada 30.8.2007-4.51 pm)
Status: Pelajar 4 SPM
Pensyarah: Puan Halijah binti Osman

KBT: Statistik 1A
  1. Lin Ching Yee (1 SPM)
  2. Mohd Nazri bin Hamid (1 SPM)
  3. Muhamad Syukri bin Abdul Halim (1 SPM)
  4. Noor Azwal binti Ahmad (1 SPM)
  5. Noor Safuraa Hanum binti Mohd Yunos (1 SPM)

KBT: Statistik 1B
  1. Noraniza binti Muhammad Shah (1 SPM)
  2. Normawani binti Johari (1 SPM)
  3. Rohaliza binti Ab. Roshed (1 SPM)
  4. Sarimah bt. Pardi (1 SPM)

Nota: Aktiviti hendaklah dijalankan secara serentak di dalam kelas yang sama. Aktiviti hendaklah berasaskan modul yang disediakan di bahagian muat turun.


Semua tutor dan tutee hendaklah memiliki buku log masing-masing, sila rujuk panduantutorkitab.pdf di bahagian muat turun. Anda juga boleh klik kanan dan Save As di sini untuk memuat turun fail Panduan Tutor KBT.

Saturday, September 1, 2007

PENGUMUMAN: KBT Sesi Pagi dan Petang! - Jadual Waktu Semakin Fleksibel

Menerusi entri ini, ada dua perkara yang akan dicadangkan:

CADANGAN 1:
KBT sesi pagi dan petang. Tutor dan tutee kini boleh mengadakan aktiviti KBT pada waktu pagi dan petang.

CADANGAN 2:
Pertandingan peratus ujian 2 tertinggi antara pasukan KBT (mengikut subjek) dengan syarat-syarat tertentu.


PENJELASAN CADANGAN 1: Tidak ada masalah selagi kelas tersebut kosong! Aktiviti KBT sangat fleksibel!
Berdasarkan jadual waktu yang telah diberikan oleh tutor-tutor KBT, pihak KBT mendapati ada tutor yang boleh mengajar pada waktu pagi dan petang. Oleh itu, Pengarah Program KBT atau wakil-wakilnya, akan berbincang dengan En. Asram mengenai KBT sesi pagi dan petang secepat yang mungkin.

Pertambahan sesi alternatif ini bertujuan membantu tutor dan tutee yang mempunyai masalah dari segi pengangkutan dan masa, juga untuk membolehkan KBT dijalankan pada bulan Ramadan (fleksibel, supaya tutor dan tutee Muslim dapat menunaikan sembahyang terawih pada waktu malam dan meningkatkan kemahiran generik dan penguasaan subjek menerusi KBT pada waktu siang) mengikut persetujuan tutor dan tutee.

Antara perkara yang akan dibincangkan:

  1. Hari Rabu petang dari pukul 2.00-6.00 petang dan 8.00-10.00 malam dicadangkan menjadi waktu rasmi bagi Program KBT. Nota: Setakat ini, waktu rasmi KBT ialah Isnin dan Selasa (8.00mlm - 10.00 mlm).
  2. Mana-mana waktu sekitar hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, tidak kira pagi, petang atau malam, sekiranya ada kekosongan waktu, akan dijadikan masa untuk pertemuan dan aktiviti KBT bagi mana-mana tutor-tutee yang kelapangan.
  3. Tag Pengenalan Tutor KBT, untuk memberi kuasa kepada tutor-tutor KBT menggunakan bilik-bilik kuliah dan bilik-bilik seminar bagi aktiviti KBT pada masa-masa yang dicadangkan (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat: pagi, petang dan malam).
  4. Setiap tutor dan tutee bebas membuat temu janji pada masa-masa yang tersebut di atas bagi melaksanakan kumpulan belajar dengan bimbingan tutor (KBT).
  5. Semoga jadual waktu yang fleksibel ini akan memudahkan lagi para tutor dan tutee untuk belajar berkumpulan.
Untuk melihat senarai Tutor KBT yang telah berdaftar secara online (tidak termasuk yang berdaftar secara manual), dan masa-masa lapang tutor KBT, para pengunjung boleh klik di sini.

Untuk mendaftar secara online, sama ada sebagai Tutor KBT atau Tutee KBT, sila klik di sini.


PENJELASAN CADANGAN 2: Tunggu dulu!
Cadangan mengadakan pertandingan peratus tertinggi antara pasukan-pasukan KBT (mengikut subjek yang diambil).

Antara syarat-syarat yang akan dicadangkan ialah:
  • Pertandingan ini terbuka untuk para pelajar UTM yang memiliki CGPA kurang daripada 3.00.
  • Setiap pasukan KBT harus memiliki 5 orang ahli. Setiap ahli harus terdiri daripada peserta dengan CGPA berikut:
    • Satu pelajar dengan pointer 2.70 dan ke atas dan 4 yang lain adalah di bawah 2.70.
    • Dua pelajar dengan pointer 2.70 dan ke atas dan 3 yang lain adalah di bawah 2.50.
    • Tiga pelajar dengan pointer 2.70 dan ke atas dan 2 yang lain adalah di bawah 2.30.
  • Setiap pasukan KBT harus bertanding menggunakan subjek yang sama (bidang matematik dan sains).
  • Markah akan dikira dari segi kehadiran ahli-ahli pasukan, dan markah ujian 2 bagi subjek tersebut.
  • Pasukan tidak boleh bertukar-tukar ahli atau mengambil ahli dari pasukan lain untuk subjek yang sama.
  • Sesi pengesahan akan diadakan sebelum keputusan pemenang-pemenang bagi setiap subjek dibuat. Pengesahan ini bertujuan untuk memastikan ahli-ahli benar-benar menguasai (boleh menjawab) soalan-soalan dalam ujian 2 (menguasai subjek).
  • Hadiah akan disampaikan selepas semua keputusan ujian 2 tercapai.
Dikemaskini pada 3 September 2007.

Wednesday, August 29, 2007

Senarai Tutor KBT Terkini


Tutor Kehormat:

Nama: Puan Halijah binti Osman
Status: Pensyarah Bidang Matematik
Nota: Puan Halijah bersedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada tutor-tutor KBT untuk subjek Persamaan Terbitan dan Statistik.



Tutor KBT:

Nama: Nurul Azilah Binti Ibrahim (mendaftar pada 29.8.2007-1.54 pm)
Status: Pelajar 4 SPT
Subjek bimbingan: Kalkulus 1 dan 2, Statistik1 dan 2, Persamaan Terbitan, Analisis Nyata, Teori Set dan Mantik.
Hari kelapangan: Selasa dan Khamis.


Nama: Norulhuda Ismail (mendaftar pada 30.8.2007-4.51 pm)
Status: Pelajar 4 SPM
Subjek bimbingan: Calculus, Statistik, statistik 2, Linear Algebra, Kimia Organik.
Hari kelapangan:
Rabu (2.00-6.00 ptg),
Khamis (Masa 1: 10.00-12.00 pg, Masa 2: 4.00-6.00ptg),
Jumaat (3.00 ptg-6.00 ptg)


Para pelajar (tutee) yang berminat untuk mengikuti kumpulan belajar bertutor (KBT) untuk subjek-subjek yang ada di atas bolehlah mendaftar secara online (status tutee). Setiap kumpulan belajar akan cuba dihadkan kepada 5 orang. Sekiranya lebih peserta, kumpulan belajar yang baru akan dibuka. Untuk mendaftar secara online, klik di sini.

Kaedah pembelajaran akan dibuat secara santai, menenangkan fikiran dan menyeronokkan. Jadual waktu juga adalah fleksibel. Anda tidak perlu risau mengenai kekangan masa. Anda boleh berunding dengan tutor untuk mengubah hari kumpulan belajar!

Para pelajar yang berminat untuk berbakti membimbing tutee-tutee KBT bolehlah mendaftar sebagai Tutor KBT. Tutor akan bertindak sebagai pemudahcara (fasilitator), membimbing dalam perbincangan belajar. Untuk mendaftar secara online, klik di sini.

Tutor KBT yang memenuhi syarat, layak mendapat ganjaran berdasarkan Skim Pelajar Bekerja dan akan diberikan surat pelantikan sebagai Tutor KBT. Anda boleh menggunakan surat ini untuk memudahkan anda mendapat tempat di alam pekerjaan.

Semakin cepat anda mendaftar, semakin banyak peluang untuk kita membuat persediaan menyahut seruan Kempen Gred E Sifar dan 100% Keputusan Baik bagi semua pelajar Fakulti Pendidikan!

Semoga Tuhan akan memurahkan rezeki, memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat untuk semua tutor yang berbakti dalam program ini.

Ilmu yang anda ajar pada hari ini merupakan saham anda di akhirat, kelak.

Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

Tuesday, August 28, 2007

PENDAFTARAN KBT SECARA ONLINE


Anda juga boleh mendaftar secara online:

Pastikan anda copypaste dan tambahkan maklumat pada perkara-perkara di bawah:

----mula copy paste dari sini ---

Asas Pendaftaran:
Nama Pelajar:
Tahun/Kursus:
No KP:

Perhubungan:
No HP:
Kolej:

Perkara KBT:
Saya mahu mempelajari subjek berikut: (Nama Subjek dan Pensyarah)
Saya boleh membimbing subjek berikut:
Saya lapang pada hari-hari berikut: (Hari dan masa)

---- tamat copy paste di sini ---

Selepas anda copy paste perkara di atas, sila klik di sini bagi tujuan pendaftaran. Maklumat anda tidak akan disiarkan di sini, kami akan memaklumkan kepada anda menerusi ruangan ini sekiranya pendaftaran anda telah berjaya.


PERHATIAN:
Sekiranya anda mahu mendaftar sebagai tutee, anda boleh mengisi ruangan "Saya mahu mempelajari subjek berikut".

Sekiranya anda mahu mendaftar sebagai tutor, anda boleh mengisi ruangan, "Saya boleh membimbing subjek berikut".

Sekiranya anda mengisi kedua-dua ruangan "Saya mahu mempelajari subjek berikut" dan ruangan "Saya boleh membimbing subjek berikut", maka secara automatik anda akan menjadi Tutor KBT dan Tutee KBT mengikut subjek yang dinyatakan dalam borang di atas.

Monday, August 27, 2007

Fasa 3 yang mencabar - KBT-KITAB aka KITAB2

KEMPEN KBT:
GRED E SIFAR!
100% KEPUTUSAN BAIK!



Semester ini Program KITAB2 atau lebih tepat, KBT-KITAB berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Fasa 1 memperkenalkan KITAB, manakala Fasa 3 memperkenalkan KBT, iaitu tunggak utama yang menjadikan KITAB sebagai sub-program.

KBT adalah singkatan kepada Kumpulan Belajar Tutor, yang bertujuan membantu para mahasiswa untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik menerusi belajar berkumpulan. Mahasiswa-mahasiswa yang lemah dalam akademik adalah fokus utama program KBT.


Apakah Perbezaan Antara KITAB dengan KBT?

KITAB merupakan satu program yang berbentuk santai, di mana mahasiswa menjadi tutor dan membimbing anak-anak Desa Bakti atau anak-anak staf sokongan.

Tutor-tutor KITAB juga boleh meraih pendapatan sampingan menerusi Skim Tutor KITAB Bekerja, di mana mereka menjadi tutor dari rumah ke rumah, berdasarkan permintaan ibu bapa.

Program KITAB2 pada semester ini cuma melibatkan bilangan pelajar yang kecil, iaitu pelajar UPSR, PMR dan SPM. Jumlah kecil ini diputuskan berdasarkan semester satu yang serba padat dengan program, di mana kebanyakan individu yang berkaitan dengan KITAB terlibat dalam pelbagai program lain seperti FIESTRA07, SUKAM XV, Pesta Konvokesyen UTM Ke-39 dan LARIAN 100 JAM dan sebagainya.

Kelas bermula pada 14 Ogos 2007, 29 Ogos 2007 dan akan berakhir pada 5 September 2007.


KBT pula merupakan satu program di mana mahasiswa membentuk kumpulan belajar, dan pada sama dibimbing oleh tutor yang juga terdiri daripada mana-mana mahasiswa UTM. Program KBT adalah percuma, kemungkinan untuk dikenakan yuran adalah kecil, bergantung kepada perbelanjaan pengurusan program.

Mana-mana Tutor KBT yang layak, akan menerima gaji berdasarkan Skim Pelajar Bekerja.

Kelas KBT berlangsung pada semester ini sehingga 29 Oktober 2007, dengan hari Isnin dan Selasa sebagai hari rasmi.

Wednesday, August 15, 2007

Hikmah: Over Confident - Terlalu Yakin Memudaratkan.

Kadangkala, manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai adakalanya boleh menyebabkan manusia hanyut atau rebah ke arah kegagalan.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kadangkala kejayaan boleh menjadikan kita menganggap suatu perkara itu adalah mudah atau remeh. Sikap seperti inilah yang akan membinasakan kita. Kita mungkin pernah terdengar bagaimana sebuah pasukan bola sepak yang kuat, atau seorang pemain badminton yang handal, tiba-tiba boleh kalah kepada pasukan atau individu yang tidak ternama. Faktor terlalu yakin dan memandang remeh terhadap pihak lawan, adalah antara faktor-faktor utama.

Berdasarkan fakta kemalangan jalan raya di suatu tempat di Kuala Lumpur, jumlah kemalangan maut mengikut ciri-ciri jalan sepanjang Januari hingga Jun, 2002, didapati, jalan lurus mencatatkan bilangan kemalangan maut yang paling tinggi dengan 85 kes. Ia merupakan bahagian jalan yang paling sesuai untuk memecut. Ini mungkin merupakan salah satu fakta yang menyumbangkan kepada bilangan kemalangan maut yang paling tinggi di bahagian jalan lurus. Seterusnya, bilangan kemalangan maut yang kedua tertinggi berlaku ialah di selekoh dengan 19 kes diikuti dengan bahagian simpang empat/lebih dengan 12 kes. Simpang tiga, dan simpang bercabang T/Y mencatatkan bilangan kes kemalangan maut yang sama iaitu sebanyak 7 kes. 3 kes kemalangan maut lagi berlaku di bulatan dan simpangan bertingkat.

Jumlah kemalangan maut berdasarkan cahaya pula boleh dikelaskan kepada tiga keadaan iaitu siang, malam dan subuh atau senja. Kemalangan maut paling banyak berlaku pada waktu siang iaitu sebanyak 74 kes. Ini diikuti waktu malam dengan jumlah kes sebanyak 42 kes dan akhir sekalai pada waktu subuh/senja iaitu sebanyak 23 kes. Kemalangan maut banyak berlaku pada waktu siang kerana waktu siang merupakan waktu di mana kenderaan paling banyak berada di jalan raya berbanding pada waktu malam dan subuh/senja.

Berdasarkan fakta kemalangan mengikut ciri-ciri jalan raya dan cahaya di atas, dapatkah pembaca semua membuat kesimpulan?

Tidak semua perkara adalah sama. Kita tidak boleh membuat kesimpulan mudah hanya dengan bergantung kepada perasaan yakin kita sahaja. Semua benda harus memiliki bukti. Kesilapan menjadi terlalu yakin akan memudaratkan diri kita.

Keyakinan harus disusuli dengan bukti. Ramai pelajar yakin mereka mampu lulus dalam peperiksaan, tetapi adakah mereka memiliki bukti-bukti yang boleh menyokong? Pelbagai perkara boleh berlaku. Kemalangan, demam, musibah, kesilapan menanda, kehilangan kertas jawapan dan sebagainya boleh menjadi faktor.

Justeru, usaha yang diiringi dengan doa adalah penting. Yakin sahaja tidak mencukupi. Terlalu yakin menyebabkan kita menjadi tidak teliti, tidak dapat mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang bakal berlaku, lantaran itu tidak dapat membuat perancangan dengan sempurna untuk mengatasi halangan-halangan yang berlaku.

Kita bernasib baik sekiranya tersedar daripada sikap terlalu yakin. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.

Astagfirulahalazim...
Ucapkan kalimat di atas, moga tenang hatimu, dan kembali kepada kebenaran.

Muhasabah diri oleh,
Mohd Amien Mohd Yasin
Pengarah KBT-KITAB2

Monday, August 13, 2007

BERITA: Surat Untuk Ibu Bapa Telah Diedarkan

ISNIN, 13 OGOS 2007, DESA BAKTI: Surat-surat yang ditulis oleh En. Amien, disemak dan dicetak oleh Cik Aemyliza telah diedarkan oleh En. Dzulfadli dan Cik Shikin ke rumah-rumah di sekitar Desa Bakti. Dengan bantuan dua orang anak Desa Bakti yang bertindak sebagai pemandu pelancong, pengembaraan pun bermula.

Perbincangan telah dilakukan oleh En. Amien dengan P.M Dr. Salleh Abu mengenai bayaran tutor. Surat-surat kepada pensyarah akan dibuat oleh En. Asram. Pensyarah-pensyarah yang mengajar pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan bagi subjek Matematik, Fizik dan Kimia akan menerima surat yang akan meminta pelajar-pelajar yang lemah di dalam kelas bagi mata pelajaran yang diajar, supaya hadir ke kelas kumpulan belajar bersama tutor.

Pelajar yang layak akan dilantik sebagai tutor untuk mengajar pelajar-pelajar terbabit dan menerima bayaran mengikut skim pelajar bekerja.

Berikut adalah antara beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh En. Amien ketika mengikuti Ketua Unit Perhubungan dan pembantunya ke Desa Bakti.

Thursday, August 9, 2007

KITAB2 - Kembali Dengan Anjakan Paradigma - Melangkah terus ke Fasa Ke-3

FAKULTI PENDIDIKAN, KHAMIS, 9 OGOS 2007: Nampaknya, bilis yang dipancing, ikan kelisa yang kena. Program KITAB2 kali ini akan dilaksanakan pada minggu depan, 14 Ogos 2007. Pengisian KITAB2 kali ini mencapai tahap fasa ke-3.

Mengikut perancangan dalam fasa ke-3, menerusi Program KITAB, tutor-tutor bukan sahaja membimbing anak-anak Desa Bakti, tetapi turut membantu sesama sendiri menerusi aktiviti belajar berkumpulan.

Untuk tujuan ini, kelas Isnin dan Selasa (8.30 malam - 10.00 malam) akan dikhususkan untuk belajar berkumpulan sesama tutor. Menerusi sistem permintaan belajar berkumpulan untuk subjek tertentu, mahasiswa-mahasiswa yang menghadapi masalah dalam mendapatkan bantuan dalam mata pelajaran tertentu, boleh membuat permintaan menerusi saluran khusus dalam KITAB, dan pihak KITAB akan berusaha membentuk kumpulan belajar (study group) untuk mahasiswa terbabit.

Konsep yang sama seperti KITAB1, cuma tutee kali ini bukan sahaja anak-anak Desa Bakti, tetapi juga melibatkan para mahasiswa UTM. Selagi subjek-subjek tersebut adalah sama konsep dan sukatannya, maka mana-mana mahasiswa daripada mana-mana fakulti bebas untuk menyertai kumpulan belajar ini.

Tutor yang akan mengendalikan kumpulan belajar ini akan terdiri daripada mahasiswa yang cemerlang dalam pelajaran atau orang-orang tertentu yang diupah. Sesiapa yang berminat untuk menjadi tutor bagi subjek-subjek universiti menerusi KITAB, anda boleh menghubungi penyelaras tutor menerusi nombor telefon yang tertampal di poster-poster di sekitar Fakulti Pendidikan, UTM.

Kelas kumpulan belajar tutor akan bermula pada 14 Ogos 2007.

Pada Hari Rabu pula, bermula 15 Ogos 2007, diikuti dengan tarikh 29 Ogos 2007 dan berakhir pada 5 September 2007, kelas KITAB, iaitu kelas untuk anak-anak Desa Bakti yang dibimbing oleh mahasiswa UTM akan diadakan. Konsepnya sama seperti semester lepas (KITAB1), cuma pada kali ini hanya anak-anak Desa Bakti Darjah 6 (UPSR), Tingkatan 3 dan 5 (PMR dan SPM) sahaja akan dilibatkan.

Semoga program ini mendapat keberkatan dan sentiasa berjalan lancar dan berjaya sehingga ke penghujungnya. Juga diharapkan menerusi Program KITAB2 ini, keputusan akademik para mahasiswa akan meningkat dengan lebih baik.

"Sahsiah Gemilang, Akademik Cemerlang" adalah tema bagi Program KITAB 2.


Penasihat Program:
En. Hasan Hushin (Penasihat PMP)

Wakil Desa Bakti:
En. Hamid Dahar (Penghulu Desa Bakti)

Pengarah Program:
En. Mohd Amien Mohd Yasin (Pengasas KITAB)

Timbalan Pengarah Strategik:
Cik Aemy Liza Minhat

Timbalan Pengarah Operasi:
Cik Nor Farawahida Abdul Rahman

Setiausaha:
Cik Shamilatul Sobrini

Ketua Penyelaras Tutor:

En. Omar Nor bin Abu Bakar

Ketua Unit Perhubungan:
En. Mohamed Dzulfadzli Jumawan

Nota: Program KITAB merupakan cetusan idea En. Mohd Amien bin Mohd Yasin, yang juga bertindak sebagai Pengarah Program KITAB 1 (Fasa 1) dan KITAB 2 (Fasa 3). Program KITAB terdiri daripada 5 fasa utama.

Atas sebab-sebab tertentu, KITAB2 dirancang untuk disambung pada Fasa 1 sahaja. Namun setelah mendapat sokongan daripada En. Asram, Program KITAB kini boleh berpuas hati untuk terus melangkau ke Fasa 3. Masih terdapat banyak cabaran dan rintangan dalam melaksanakan Fasa 3, namun dengan adanya sokongan daripada para pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains, Fasa 3 pasti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada ketika ini jentera-jentera Program KITAB 2 sedang giat menjalankan promosi untuk mencapai tahap Fasa 3. Doakan kejayaan program ini. Besar manfaatnya dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa.

Mahasiswa yang menghadapi masalah dalam akademik, tidak mempunyai rakan belajar, tidak mempunyai motivasi belajar adalah digalakkan untuk menyertai Program KITAB 2. Hubungi Ketua Penyelaras Tutor kami untuk keterangan lanjut.

Mana-mana pelajar cemerlang, pelajar Sarjana atau orang luar yang berminat untuk menyertai program ini, boleh berikan nama kepada Ketua Penyelaras Tutor kami, En. Omar. Poster-poster ada ditampal di sekitar bangunan-bangunan Fakulti Pendidikan.

Thursday, April 5, 2007

KITAB: 5/5 Kelas Akhirnya Terlaksana

RABU, 4 APRIL 2007, FAKULTI PENDIDIKAN: Berakhirnya kelas pada malam tadi, bermakna lengkaplah 5 minggu KITAB Fasa 1. Pada semester hadapan, Insya-Allah, KITAB Fasa 2 akan dimulakan. Pada semester hadapan akan menyaksikan beberapa elemen baru yang lebih hebat. Juga lebih ramai Ketua-ketua Unit akan dicari. Jika dahulu, AJK-AJK cuma terhadap kepada mahasiswa Fakulti Pendidikan, pada semester akan datang, tidak lagi. Mahasiswa dan mahasiswi dari serata Universiti Teknologi Malaysia akan dijemput untuk menjayakan Program KITAB Fasa 2. Program KITAB dijangka bermula sekitar bulan Julai 2007.

Apa pun, ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini, iaitu kepada para penggerak Program KITAB, tutor, tutee dan ibu bapa tutee untuk program ini...


Nota Tambahan:

Nota tambahan ini dibuat pada 6 April 2007, bertujuan membela para MT dan AJK yang telah disalah tanggap oleh orang lain (bukan MT dan AJK). Mereka ada melakukan kerja di sebalik tabir kerana sememangnya tugas mereka bukan untuk dilihat orang lain. Tuhan adalah sebaik-baik saksi.

Catatan di bawah ini bertujuan untuk membela semua MT dan AJK KITAB yang berjuang secara di belakang tabir semasa Program KITAB berlangsung, sebelum dan selepas Program KITAB berlangsung. Nama-nama orang yang berjasa di belakang tabir tidak akan disebut, sebab biarlah Tuhan yang menentukan haknya, namun kesedaran perlu diluahkan menerusi nota tambahan ini, untuk memaklumkan kepada orang ramai, sebenarnya ada orang yang menitiskan peluh dan mengalirkan tenaga untuk memastikan KITAB berjaya di belakang tabir.

Sebelum itu perlu diingat. Semasa menjayakan program KITAB, ada perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas program. Mungkin ada di antara tutor atau orang luar hairan apabila melihat ada sesetengah AJK kelihatan rehat semasa kelas tutor berlangsung, itu bukan bermaksud mereka rehat sepanjang masa. Salah! Ada antara AJK dan MT KITAB yang berjuang sebelum kelas bermula, oleh itu semasa program bermula, tibalah giliran mereka untuk berehat dan biar AJK atau MT KITAB yang lain pula beraksi.

Ingat, dalam apa-apa program, ada penggerak yang bertungkus lumus di belakang tabir dan ada yang WAJIB beraksi di depan mata orang ramai. Mereka kelihatan santai di depan mata tutor dan tutee, sempat menjadi tutor, tetapi titik peluh mereka untuk menjayakan KITAB di luar pandangan mata, siapa yang tahu? Mereka ada melakukan sesuatu, ada yang membuat kerja-kerja tersebut secara diam-diam tanpa pengetahuan mana-mana tutor atau AJK yang lain. Sebab, dalam fikiran dan hati mereka cuma satu, biarlah tidak popular, asalkan matlamat tercapai.

Biarlah walau pun memegang jawatan tertinggi atau terendah di dalam Program KITAB, tetapi kelihatan tidak menonjol semasa kelas berlangsung, namun sememangnya mereka ada membuat sesuatu, malah kadangkala terpaksa mengabaikan makan minum, hujan panas dan waktu tidur untuk berfikir dan mengerakkan tulang empat kerat mereka. Mereka tetap rasa gembira, apabila semasa kelas berlangsung, mereka dapat rehat seketika, untuk mendidik tutee dengan santai. Sebab mereka sudah pun laksanakan tanggungjawab mereka sebelum ini. Biarlah tidak kelihatan menonjol, yang penting matlamat tercapai!

Anda mungkin lihat mereka kelihatan tidak menonjol semasa kelas tutor berlangsung pada malam itu, tetapi mereka ada berbuat sesuatu yang penting dan itu adalah urusan mereka dengan Tuhan mereka. Jangan salah tanggap atau cepat menghukum mereka.

Jangan terjadi seperti kisah Pencipta Jalur Gemilang, jasa dan sumbangannya ditutup, padahal dialah orang yang berbakti, sehingga lebih 48 tahun, barulah terbongkar.

Tuhan Maha Mengetahui...


Ya, Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang kami lakukan dan niatkan di dalam hati kami, bersihkan hati kami sentiasa dari sifat riak, takbur, tamak dan ego. Redhai dan berkatilah usaha kami, para penggerak KITAB selama ini...

Jauhilah kami dari sebarang kezaliman dan penganiayaan. Lindungilah kami, berkatilah kami, restuilah usaha kami. Berikan kejayaan kepada kami di dunia dan di akhirat.

Amin.

Thursday, March 29, 2007

KITAB: Gambar foto sepanjang program kini dalam proses!

RABU, 28 MAC 2007, FAKULTI PENDIDIKAN: Malam tadi menyaksikan suasana yang agak mencabar buat para ahli jawatankuasa KITAB. Memandangkan pertembungan tarikh ujian untuk subjek akademik, juga ketiadaan para penyelaras tutor rasmi kerana menghadiri ujian akademik, tugas-tugas menyelaras dilaksanakan oleh ahli jawatan kuasa yang lain.

Pun begitu, jiwa guru yang tercetus di dalam diri para AJK KITAB berjaya mengubah suasana dengan baik. Secara tenang dan stabil, tugas-tugas penyelarasan tutor berjaya dilaksanakan dengan cukup baik.

Sementara itu, gambar-gambar foto untuk kelas KITAB pertama dan ketiga kini dalam proses untuk dimasukkan ke bahagian Galeri Foto KITAB. Gambar-gambar ini dirakamkan oleh Ketua Unit Publisiti, iaitu saudara Chu Wai Seng. Para AJK, Tutor dan Tutee KITAB boleh memuat turun gambar-gambar tersebut di ruangan tersebut. Klik di sini.

Berikut adalah jentera-jentera pengerak utama KITAB yang sempat dirakamkan.

Encik Hassan Hushin: Penasihat PMP
merangkap Penasihat Program KITAB,

tersenyum memerhati seorang tutor sedang tekun membimbing anak didik. Beliau merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan, mempunyai visi dan pengalaman yang sangat luas dalam mengendalikan Persatuan Mahasiswa Pendidikan. En. Hassan Hushin yang penyayang, prihatin dan bertanggungjawab merupakan seorang tokoh pendidik yang dihormati dan wajar dicontohi oleh para mahasiswa pendidikan. Encik Hassan banyak membantu dari segi memberi sokongan moral, kaunseling, dan menyumbang tenaga dan pengangkutan. Beliau hadir dalam kebanyakan aktiviti Program KITAB untuk membantu meringankan beban dan memberi semangat kepada para AJK dan Tutor KITAB.



Cikgu Amien: Pengasas KITAB merangkap
Pengarah Program KITAB Fasa 1.
Tutee Haziq sedang meminjam pemadam daripada kawannya. Berdasarkan kejayaan program KITAB setakat ini, Cikgu Amien memutuskan untuk terus mengekalkan Persatuan Mahasiswa Pendidikan sebagai penganjur program KITAB. KITAB merupakan hasil rumusan beliau untuk para mahasiswa pendidikan, berdasarkan gagasan yang diilhamkannya pada 7 tahun yang lalu. Beliau telah mencipta sistem penyelarasan tutor yang fleksibel agar program KITAB mampu dilaksanakan dalam apa jua keadaan dan mencapai matlamatnya. Cikgu Amien berhasrat agar Program KITAB dijadikan program mingguan setiap semester, setiap tahun supaya dapat membantu dalam membentuk keperibadian sebagai seorang pendidik di kalangan generasi baru mahasiswa pendidikan. Sebagai Pengasas KITAB pula, Cikgu Amien memberi banyak tumpuan dalam aspek-aspek pengaplikasian konsep, sistem Tutor KITAB dan tunjuk ajar secara peribadi kepada para AJK secara di belakang tabir dalam pelbagai bidang tugas dan unit setiap minggu. Penat lelahnya berbaloi apabila dapat bersantai mengajar tutor pada waktu malamnya, iaitu semasa kelas berlangsung. Tugas pengendalian semasa kelas tutor KITAB pula akan diambil alih oleh Siti Salehah, Farawahida dan para penyelaras tutor (merangkap Ketua Tutor) pada malamnya.


Melissa (kiri): Presiden PMP merangkap
Timbalan Pengarah Strategik KITAB Fasa 1
Maisarah (kanan): Bendahari KITAB Fasa 1
Alhamdulillah. Bilangan tutor pada minggu pertama sangat menggalakkan sehinggakan ada antara AJK-AJK KITAB terpaksa berkorban hasrat untuk berbakti mendidik anak-anak Desa Bakti. Peluang diberikan kepada tutor-tutor KITAB. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti persatuan dan program tidak menghalang Melissa untuk meluangkan waktu memberi sumbangan tenaga dan fikiran dalam memastikan kelancaran program pada minggu pertama.


Salehah (kanan): Timbalan Presiden PMP merangkap
Timbalan Pengarah Operasi KITAB F1.
Dayana (kiri): Ketua Unit Kebajikan KITAB F1.
Bergambar kenang-kenangan selepas tamat kelas ketiga KITAB. Salehah bertanggungjawab mengetuai operasi-operasi semasa program KITAB berlangsung pada waktu malam, manakala Dayana bertindak mengendalikan minuman untuk para peserta dan AJK KITAB. Dayana dan Siti Salehah yang ligat beraksi menjalankan tanggungjawab masing-masing pada malam Kelas KITAB bermula, kelihatan penat di dalam gambar ini. Gambar foto ini diambil khas selepas tamat kelas KITAB, oleh Chu Wai Seng, Ketua Unit Publisiti yang amat disenangi oleh Pengarah Program.


Aemyliza: Setiausaha KITAB Fasa 1
Sedang khusyuk meneliti dan menyemak dokumen-dokumen penting berkaitan dengan program KITAB. Seorang setiausaha yang rajin dan dedikasi dalam menjalankan tugas. Banyak membantu dalam melancarkan aktiviti sepanjang Program KITAB berlangsung, tidak kira sebelum, semasa dan selepas program.


Farahwahida (paling kanan dengan jari simbol V):
Ketua Penyelaras Tutor KITAB Fasa 1

Boleh dianggap sebagai mentee atau perantis utama kepada Cikgu Amien, beliau mewarisi konsep dan sistem penyelarasan tutor yang dicipta khusus untuk Program KITAB. Selain Siti Salehah, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya, iaitu Nurul Ain, Nur Salwani dan Nurasyikin, merupakan orang yang diberikan MANDAT oleh Pengarah Program untuk mengetuai para tutor dan melakukan kerja-kerja penyelarasan tutor dan tutee.


Shamilatul (kanan): Ketua Unit Persiapan Tempat
Rakan seperjuangan Aemyliza ini, tekun memberi laporan kepada Pengarah Program. Bertanggungjawab memastikan bilik-bilik dan dewan untuk kegunaan kelas KITAB dapat digunakan. Pada waktu petang, beliau dan Aemyliza serta Cikgu Amien, juga Halimatul akan turun padang untuk menyusun kerusi dan meja bagi kegunaan tutor dan tutee untuk Kelas KITAB pada waktu malamnya. Selalunya Shamilatul dan Aemyliza akan 'berpetang' di Fakulti, dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Ismail, sementara menunggu kelas bermula. Cikgu Amien pula akan pulang dan muncul semula pada malam hari untuk 'menukar mod' dan 'menurun taraf dirinya' daripada seorang Pengarah Program kepada seorang Tutor KITAB yang bahagia.



Dzulfadzli (kiri): Ketua Unit Perhubungan Fasa 1
Tidak kira hujan atau panas, Dzulfadli dan pembantunya Shikin, akan
terus ke rumah warga Desa Bakti apabila ada maklumat terkini yang mesti disampaikan. Kehadiran Dzulfadli dan Shikin banyak membantu meningkatkan keceriaan kelas tutor. Kedua-duanya merupakan orang yang amanah dan boleh dipercayai apabila diberikan tugas.


Hafiz (kanan): Ketua Unit Keselamatan
Hafiz besar dan Hafiz kecil. Kebetulan ketika itu, beliau sedang membimbing tutee Muhd Hafiz, yang merupakan anak kepada Penghulu Desa Bakti (En. Hamid Dahar). Beliau bertanggungjawab menjaga keselamatan para tutee dan tutor, sebelum dan selepas tamat kelas KITAB, setiap minggu, dibantu oleh lima orang rakan sekelasnya yang setia dan fleksibel.



Gambar Halimatul (Ketua Unit Peralatan dan Teknikal) dan Chu Wai Seng (Ketua Unit Publisiti dan jurufoto) sendiri, tidak dapat dirakamkan. Penggerak-pengerak utama ketika itu sedang tekun menjalankan tugas-tugas semasa kelas KITAB dan tidak sempat dirakamkan gambarnya. Pada masa akan datang, gambar-gambar mereka akan dapat dirakamkan, Insya-Allah.

Thursday, March 22, 2007

BERITA: KELAS KETIGA - DAMAI DAN MESRA

RABU, 21 MAC 2007, FAKULTI PENDIDIKAN: Hubungan antara ahli jawatankuasa dengan warga Desa Bakti, juga jalinan mesra antara tutor dan tutee tampak makin erat dan mesra. Respon positif daripada ibu bapa, kegembiraan anak-anak Desa Bakti menjadi cerita dan topik perbualan di sekitar perkarangan Fakulti Pendidikan.

Walau pun pada malam in,i telah bermula Pesta Konvo di padang kawad UTM, namun Fakulti Pendidikan masih tetap dikunjungi oleh para tutor dan tutee yang kekal setia untuk terus mewujudkan budaya intelektual yang positif dan mesra.

Cuba bayangkan apabila ibu bapa bercerita, "Anak saya apabila balik, terus cerita. Sebelum ini dia tak boleh buat Matematik, sekarang dah boleh buat, sebab belajar masa kelas KITAB malam hari itu."

Bagaimana pula perasaan tutor apabila para tutee berebut-berebut mahu belajar dengan mereka, "Saya nak belajar dengan Abang lagi. Best belajar dengan Abang."

Komen dan luahan hati positif yang menyentuh hati lahir dari lidah anak-anak didik dan ibu bapa Desa Bakti, mengenai kejayaan Program KITAB.

Bagaimana pula dengan seorang tutee yang menanti-nanti kehadiran seorang kakak yang mengajarnya pada malam lalu? Sudah terbukti, mahasiswa dan mahasiswi UTM sememangnya berkebolehan dalam membimbing anak bangsa! Tahniah para tutor KITAB!

Nilai kepercayaan yang saling meningkat antara warga Desa Bakti dengan mahasiswa UTM seterusnya mencetuskan hubungan yang semakin erat. Para tutor semakin mengenali para tutee, sebagaimana para ibu bapa turut mengenali para tutor. Ini salah satu objektif Program KITAB yang semakin dipenuhi.

Kelas ketiga kali ini, masih lagi mendapat tajaan minuman daripada Warisan Tunjang yang beroperasi di Kolej Rahman Putra.

Ahli-ahli Jawatankuasa KITAB yang terdiri daripada anggota Persatuan Mahasiswa Pendidikan, Fakulti Pendidikan tampak profesional dalam bidang masing-masing pada malam ini. Tenang, santai dan bergaya, ini adalah ciri-ciri yang ditampilkan mereka pada malam itu. Kepada para AJK KITAB, tahniah dan syabas, sekali lagi!

Thursday, March 15, 2007

BERITA: KELAS KEDUA KITAB YANG LEBIH TENANG DAN BERGAYA

RABU, 14 MAC 2007, FAKULTI PENDIDIKAN: Pada malam kedua ini, semua orang boleh tersenyum atau tersengih. Kelas kedua KITAB ternyata lebih baik. Segala tugas-tugas boleh dikatakan lancar dan tersusun. Setiap tindakan jawatankuasa telah dilakukan berdasarkan arahan Pengarah Program KITAB dengan jayanya. Ketua-ketua Tutor pada malam itu, adalah orang yang bertanggungjawab menyampaikan arahan atau mandat daripada Pengarah Program.

Sambutan pada malam ini sangat menggalakkan. Pada malam ini juga menyaksikan adanya pertambahan bilangan tutee. Kelas-kelas pula telah dibuka dengan lebih banyak iaitu sebanyak 5 bilik iaitu di C13 dan di C15. Dengan ini, suasana pembelajaran menjadi lebih selesa.

KITAB merupakan satu program fleksibel dan santai. Mahasiswa-mahasiswa dilatih untuk menyelami kehidupan sebagai seorang pendidik, menjadi insan yang bertanggungjawab, belajar cara berurusan dengan masyarakat sekeliling. Apabila semua objektif dipenuhi, maka semua orang akan berasa gembira. Malam ini, lebih banyak objektif telah pun dipenuhi.

Malam ini sekali lagi, Kak Ana dari Warisan Tunjang (yang beroperasi di Kolej Rahman Putra) menjadi penaja air minuman.

Syabas kepada semua ahli jawatankuasa KITAB. Kita semua harus bersyukur kepada Tuhan, kerana pada malam itu, segala-galanya lancar dan tenang.

Kelas KITAB yang ketiga akan berlangsung pada 8.30 malam, di tempat yang sama di Fakulti Pendidikan (C15 dan C13 - Aras 2), pada hari Rabu, 21 Mac 2007. Para tutor dan tutee dinasihatkan datang lebih awal iaitu sekitar jam 8.10 malam.


NOTA: Pihak Jawatankuasa KITAB sebenarnya bercadang untuk mengadakan suatu majis atau jamuan kesyukuran yang melibatkan semua tutor, tutee dan ibu bapa tutee. Ini sebagai satu penghargaan untuk semua pihak. Penaja untuk jamuan ini sedang dicari. Sekiranya ada cadangan boleh maklumkan kepada pihak KITAB menerusi ruang maklum balas yang disediakan.

Friday, March 9, 2007

BERITA: KELAS PERTAMA KITAB YANG PENUH CABARAN

KHAMIS, 8 MAC 2007, FAKULTI PENDIDIKAN: Sukacita dimaklumkan, kelas tutor percuma untuk anak-anak Desa Bakti di bawah Program KITAB telah berjaya dilangsungkan malam tadi. Syabas kepada semua tutor dan jawatankuasa yang telah meluangkan waktu, program KITAB tidak akan berjaya tanpa penglibatan anda semua.

Debaran para peserta mula dapat dirasai apabila para tutee dan ibu bapa membanjiri persekitaran fakulti. Ini adalah pengalaman, juga cabaran yang perlu dihadapi oleh semua ahli jawatankuasa. Walaupun timbul pelbagai cabaran dan rintangan, matlamat program tetap berjaya dicapai. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa KITAB.

Pada malam ini, para jawatankuasa telah belajar banyak perkara, dan apa pun yang berlaku pada malam ini sememangnya telah dijangka. Satu sesi post-mortem telah diadakan selepas program bertujuan untuk mengkaji semula permasalahan yang timbul semasa program dan langkah-langkah mengatasinya.

Memandangkan keadaan kesihatan Pengarah Program masih belum mengizinkan, perbincangan dalam post mortem pada malam itu banyak dibantu oleh Timbalan Pengarah Strategik, Siti Salehah. Pelbagai cadangan dan idea baru telah diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa dan para tutor membuktikan kesungguhan semua hadirin pada sesi post-mortem, malam tersebut.

Kelas kedua akan bermula pada Hari Rabu, 8.30 malam di C15 dan C13 dengan pertambahan beberapa bilik baru untuk keselesaan tutor dan tutee. Bilik kuliah perlu ditambah memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta.

Walaupun Program KITAB masih dalam peringkat percubaan, beberapa objektif asas telah berjaya dicapai pada malam tadi:

1. Setiap Tutor dapat membimbing tutee berdasarkan subjek pilihan tutee.
Nota: Satu lagi kredit untuk semua AJK. Juga terima kasih kepada saudara Fazli tahun 3 SPM, dan rakan-rakannya yang bersedia menjadi sukarelawan membantu dari aspek penyelarasan tutor bagi kumpulan tutee kritikal (UPSR, PMR dan SPM).

2. Tutee bermotivasi untuk belajar bersama tutee.
Nota: Ada tutee dan tutor yang mahu masa kelas tutor ditambah lagi, tidak mahu berhenti belajar walaupun masa sudah tamat.

3. Tutee datang dan pulang dengan selamat.
Nota: Ibu bapa berjaya menjemput anak-anak masing-masing. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi komitmen sepanjang program ini berlangsung.

4. Tempat belajar tutee mencukupi.
Nota: Tutee-tutee berjaya ditempatkan di kelas masing-masing dengan kemudahan meja dan kerusi yang mencukupi.

5. Tutor dapat membimbing tutee berdasarkan subjek kemahiran tutor.
Nota: Ini merupakan cabaran buat semua penyelaras tutor, namun nampaknya masalah ini berjaya diatasi walaupun keadaan yang sungguh mendebarkan tercetus apabila para tutee mula membanjiri fakulti.


Bonus-bonus yang dicapai pada malam itu:

1. Kaedah baru untuk sistem penyelarasan, keselamatan dan penempatan tutor dan tutee.
Nota: Berdasarkan pemerhatian dari segi kelancaran program pada malam itu, beberapa idea dan cadangan baru telah dikemukakan untuk memantapkan lagi program KITAB pada masa akan datang.

2. Air minuman disediakan.
Nota: Pada asalnya penyediaan makan minum bukan rancangan wajib. Namun, air minuman merupakan perkara penting untuk mengembalikan kesegaran. Tajaan Kak Ana dari Warisan Tunjang.

3. Rakaman foto kenang-kenangan program.
Nota: Unit Publisiti, Chu Wai Seng berjaya merakamkan gambar sepanjang aktiviti program.

4. Nisbah tutor-tutee program berada di tahap memberangsangkan!
Nota: Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa KITAB! Tahniah kepada semua tutor! Tahniah kepada semua tutee! Tahniah kepada semua ibu bapa warga Desa Bakti!


Nota Pengarah KITAB: Bagaimana para tutor sekalian? Program KITAB masih dalam fasa pertama (eksperimental). Malam tadi (8 Mac 2007), kita semua telah menjalankan satu eksperimen, menguji idea dan cadangan yang telah dibincangkan dan melihat sendiri bagaimana hasilnya. Ini adalah satu bentuk pembelajaran. Kita belajar, kita mengkaji dan kemudian mencipta sesuatu yang lebih baik. Jangan rasa rendah diri atau kecewa kalau pada malam tadi, ada di kalangan kita tidak dapat memberikan persembahan yang baik, atau tidak dapat membimbing dengan baik, itu semua adalah lumrah dunia pembelajaran. Tidak ada manusia yang benar-benar sempurna, namun itu bukan halangan untuk kita berjuang. Mahasiswa sekalian, ini adalah perjuangan kita. Adat resam berjuang, pasti ada kejayaan dan kegagalan. Namun malam tadi matlamat program berjaya dicapai. Tahniah semua. Kita jumpa lagi dalam kelas kedua!

Thursday, March 8, 2007

Ucapan Pengarah KITAB: Malam Ini Perjuangan Para Tutor KITAB Bermula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah beberapa minggu, semua AJK KITAB bersusah payah untuk melaksanakan program ini. Ada yang terpaksa mengharungi hujan untuk ke rumah-rumah warga Desa Bakti, mengirimkan surat. Ada yang terpaksa meninggalkan kem di hutan, untuk memberi sokongan dan kekuatan dalam menjayakan program ini.

Ada yang terpaksa membebankan minda antara tugasan akademik dengan tugasan program. Ada yang terpaksa melangkah dari satu bangunan ke satu bangunan untuk menampal poster. Ada yang terpaksa ke hulu ke hilir memastikan bilik-bilik program boleh digunakan pada malam program. Ada yang terpaksa bersediap sedia menghadapi pertanyaan dan SMS daripada para mahasiswa yang berminat untuk menjadi tutor. Ada yang terpaksa merujuk di sana dan di sini untuk menyiapkan surat-surat berkaitan program, demi memastikan segalanya adalah tepat untuk diedarkan. Saya, selaku pengarah program, amat tersentuh hati dengan usaha anda semua.

Namun pada malam ini, perjuangan kita sebagai tutor akan bermula. Para mahasiswa sekalian, saya amat-amat berterima kasih kepada semua mahasiswa, tidak kira dari Fakulti Pendidikan atau dari fakulti lain, atas sokongan dan keikhlasan hati anda untuk berjuang bersama-sama KITAB. Ini adalah satu usaha, di mana, kita semua akan diuji, bagaimana mahu memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tanpa sebarang ganjarang wang. Ini adalah perjuangan, di mana kita berpeluang untuk melihat kelemahan diri kita, dan memperbaikinya.

Biarpun program ini berbentuk santai, namun apa yang anda lakukan semasa program ini, akan menentukan mutu dan keberkesanannya. Oleh itu, saya berharap agar para tutor sekalian, dapat melaksanakan apa-apa yang tersebut dalam Panduan Tutor yang telah saya sediakan itu dengan sebaik-baiknya. Mari kita jadikan budaya intelektual sebagai satu aktiviti mingguan yang dapat membawa manfaat kepada semua pihak.

Pada malam ini, kita membawa imej kita sebagai mahasiswa UTM Skudai. Mari kita sama-sama menjunjung moto kebanggaan universiti kita, "Kerana Tuhan Untuk Manusia."

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Mohd Amien Mohd Yasin.
(Pengarah Program KITAB)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Wednesday, March 7, 2007

Video: Mengajar Budak Mengenal Nama Haiwan



Ini adalah video dari sebuah keluarga untuk tatapan umum. Si Ayah sedang mengajar anak kecilnya mengenal nama-nama binatang. Budak yang masih pelat ini mampu mengenali haiwan-haiwan yang berada di depannya. Keadaan menjadi kelakar pada akhir sesi. Turut serta adalah si ibu dan si adik yang masih bayi. Pastikan komputer anda mempunyai sistem audio yang berfungsi untuk mendengar suaranya.

Tuesday, March 6, 2007

Pesanan Daripada Pengarah KITAB: Jadilah Tutor KITAB Yang Bahagia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua tutor KITAB.

Semua mahasiswa, bahkan semua orang, tidak kira agama atau bangsa, boleh menjadi Tutor KITAB yang baik, boleh membimbing anak-anak dan masyarakat setempat. Apabila kita melakukan kebaikan atau kebajikan, hati kita akan berasa lapang. Ini kerana kita sebagai manusia sememangnya mempunyai hati yang berkeinginan untuk melakukan kebaikan.


Namun begitu, jika anda merasa susah hati atau tidak bahagia semasa menjadi Tutor KITAB atau sepanjang anda hidup di muka bumi ini, maka periksalah diri anda, sekiranya anda memiliki sifat-sifat mazmumah seperti di bawah. Sekiranya ada, cubalah kikis dan buang jauh-jauh sifat-sifat yang tidak membawa apa-apa kebaikan dan kebahagiaan pada diri anda:


1. Pemarah
Sifat pemarah, kasar dan biadab boleh menyebabkan anda tidak disukai ramai. Sikit-sikit nak meninggikan suara, sikit-sikit nak menengking, sikit-sikit naik angin. Sikit-sikit tumbuk meja, tendang kerusi, mengaum macam harimau. Harimau pun tak mengaum sedap-sedap mulut Tahu juga makhluk Allah tu jaga suara dia biarpun vokalnya setanding dengan Kak Adibah Noor.

Tidak guna anda bersikap kasar, bercakap megah seolah-olah itu sahaja caranya untuk jadi seorang lelaki atau pun iron lady. Biarpun orang tu pembengis, tetapi kalau lari dari medan perang tak guna juga. Biarpun orang tu panas baran, tapi mati masuk neraka pun apa untungnya? Dibenci di dunia, diseksa di akhirat. Khalifah Umar pun tahu berubah sikap selepas masuk Islam. Buang sifat pemarah, pembengis, panas baran, periuk menggelegak dan seangkatan dengannya jauh-jauh.

Apabila anda bersikap kasar, tutee-tutee pun takut mendekati anda. Tutor-tutor pun takut mendekati anda. Pengarah KITAB, Cikgu Amien pun malas nak berbual-bual dengan anda. Apatah lagi Melissa, Sally, Aemyliza, Shamilatul, Farahwahida, Halimatul, Maisarah, Chu Wai Seng, Dzulfadli, Dayana, Shikin, Syed dan lain-lain. Orang yang pemarah, jarang mendapat kawan, malah dijauhi orang. Oleh itu senyumlah, senyum itu jambatan persahabatan.


2. Pendendam
Kadangkala, apabila anda menjadi guru, anda pasti akan berdepan dengan anak-anak didik yang agak kurang ajar. Mereka mungkin memancitkan tayar motosikal anda, mencalarkan kereta anda, melakukan vandalisme, menconteng dinding dengan perkataan-perkataan yang menghina anda atau sesiapa sahaja yang anda sayangi.

Adakah anda akan berdendam dengan mereka? Bagaimana anda, sebagai pendidik boleh berdendam terhadap anak didik anda. Bentuk mereka, bentuk anak-anak didik anda. Jika anda tersakit hati dengan kata-kata kasar atau biadab anak-anak didik anda, maka amalkan percakapan yang baik. Hati kita akan berasa tenang dan senang apabila melihat anak-anak didik kita berubah sikap, menjadi seorang yang berbudi bahasa.

Oleh itu, anda sebagai tutor atau pendidik, elakkan daripada mengucapkan kata-kata kasar terhadap anak didik anda dan terhadap tutor-tutor yang lain. Berbuallah dengan anak didik anda dengan perkataan-perkataan yang baik, nescaya mereka pasti akan turut mengikuti anda. Sebab itu, dalam program KITAB, kelakuan, percakapan dan pemakaian anda sebagai Tutor perlu dijaga.


3. Hasad dengki
Apa gunanya anda beramal sekiranya hati anda dipenuhi perasaan hasad dan dengki. Amalan anda akan hangus kerana wujudnya sifat mazmumah ini dalam diri anda. Jangan berhasad dengki apabila melihat tutor-tutor lain senang mengajar atau disenangi oleh anak-anak didik mereka. Anda juga boleh.

Cuba teliti apa kekurangan dalam diri anda yang menyebabkan anda tidak disukai oleh anak didik. Percakapan andakah? Cara memberi tunjuk ajar andakah? Sikap andakah? Atau mungkin pemakaian anda? Mungkin anda memakai pakaian seksi sehingga anak didik malu untuk mendekati anda? Mungkin anda berlaku kasar sehingga menyakiti hati anak didik anda? Tidak ada manusia yang benar-benar sempurna, anda harus membuang sifat suka berhasad dengki ini. Menambahkan dosa dan menyakitkan hati anda sahaja. Tak ada maknanya!

Anda, ah, bukan andalah, tetapi orang lain. Orang lain mungkin berhasad dengki kerana melihat tutor-tutor lain ada memegang jawatan dan pangkat yang lebih tinggi? Kenapa? Pangkat itu tanggungjawab, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Seseorang itu tidak dipandang tinggi di mata Tuhan hanya semata-mata dia berpangkat, tetapi seseorang itu disayangi Tuhan kerana keikhlasan hatinya dalam melakukan kebajikan.

Jika anda mempunyai sifat berhasad dengki, betulkan niat anda. Jadilah tutor KITAB yang tulus hati dan budinya.


4. Bakhil
Anda ingin menderma, tetapi wang anda tidak cukup. Jangan risau, kita mempunyai ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama. Ilmu itu adalah hadiah yang sangat baik. Sebarkan ilmu yang anda ada, biarpun sedikit. Ingatlah, tidak ada gunanya menjadi orang yang berilmu tetapi tidak disebarkan ilmu tersebut.

Jangan bakhil atau kedekut. Luangkan masa untuk melakukan kebajikan. Ada di kalangan mahasiswa yang sanggup berhabis duit dan masa untuk perkara sia-sia seperti untuk permainan video, menonton anime, menelefon kekasih, menonton wayang dan sebagainya, tetapi tidak pula mampu untuk meluangkan masa untuk perkara-perkara kebajikan. Anak siapalah itu?

Ada satu percakapan mengatakan: Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia. (Betul tak Ustaz dan Ustazah sekalian? Jika salah, sila tegur saya.)


5. Tamak
Semasa menjadi tutor KITAB, adakah anda berasa kecewa kerana tidak ada makan minum? Adakah anda mengharapkan sijil semata-mata? Anda akan susah hati. Ingatlah, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang anda buat. Sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain, Allah akan memberi kebaikan kepadanya. Sesiapa yang bermanfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepadanya. Tuluskan hati anda. Ikhlaskan hati anda sebagai tutor KITAB.

Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita adalah apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita., mungkin ada hak orang lain di sit. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar
Sebagai seorang tutor atau pendidik, anda mestilah memiliki kesabaran. Kesabaran adalah simbolik kebijaksanaan. Contohi sikap Penasihat PMP, En. Hassan Hushin. Penulis sangat kagum dengan sifat penyabar yang dimilikinya. Mungkin anak didik anda sukar diajar, bermasalah dalam pembelajaran. Ajar sekali, tak faham, ajar dua kali pun tak faham-faham. Bersabarlah.

Dalam dunia ini ada ramai manusia yang dilahirkan dengan masalah pembelajaran. Sebab itu, di Malaysia ini ada Pendidikan Khas. Di negara-negara lain pun ada juga Pendidikan Khas. Tujuannya untuk membantu anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran. Ada yang bermasalah membaca, ada yang bermasalah dalam pengiraan dan ada juga yang bermasalah untuk memahami percakapan orang lain. Eh, ada juga yang bermasalah untuk bertutur. Bersabarlah.

Ini adalah salah satu matlamat KITAB, iaitu membantu mengesan masalah pembelajaran anak-anak didik. Sekiranya anda menemui tutee yang bermasalah, maklumkan kepada pihak jawatankuasa KITAB.

Sebab itu, anda perlu menulis refleksi kendiri selepas tamat kelas KITAB. Tujuannya adalah untuk membantu anda mengesan kelebihan dan kelemahan diri sebagai tutor. Perbaiki diri anda.

Unit-unit yang paling perlu banyak bersabar semasa hari Program KITAB berlangsung nanti ialah unit-unit Persiapan Tempat, Unit-unit Penyelarasan Tutor dan Unit-unit Keselamatan. Pengarah Program dan lain-lain MT pun kena bersabar juga.Ya, betul. Pengarah Program KITAB, Cikgu Amien tu, siapa tak tahu, masuk aja waktu tengah hari. Migrain. Kadang-kadang sampai tengah malam. Sebab tu kadang-kadang muka dia nampak garang sikit. Sebab dia bersabar, tengah tahan sakit, nak bercakap pun kena slow talk orang kata. Eh, terkena diri sendiri. Tak apa.

Doakan semua jawatankuasa KITAB, peserta KITAB dan sesiapa sahaja sembuh daripada kesakitannya. Semoga masalah kesihatan tidak menjadi penghalang dalam melaksanakan perjuangan kita sebagai mahasiswa UTM Skudai. Mari kita belajar bersabar, pada masa yang sama kita hendaklah belajar untuk menjaga kesabaran orang lain.


7. Ego
Sifat terkutuk dalam diri manusia. Dikatakan sebagai ibu segala mazmumah. Anda rasa diri anda tidak tenang? Mungkin sebab sifat ego yang masih ada dalam diri anda. Tidak boleh tengok orang lain lebih, ada kelebihan daripada anda. Tidak boleh lihat orang lain mengatasi anda. Tak boleh tengok si mamat tu pakai BMW. Tak boleh tengok kakak tu pakai gelang emas. Tidak boleh lihat orang lain lebih cantik mekapnya daripada anda. Astagfirulahazim. Itu pun nak berkira juga. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin. Setiap orang memiliki egonya sendiri, namun pandai-pandailah kita mengawalnya.


8. Riak
Sebagai seorang tutor KITAB. Janganlah anda mengharapkan sebarang pujian. Janganlah anda ternanti-nanti pujian. "Awak ni pandailah, tetapi adik saya lagi pandai daripada awak!" Hah, itu apa cerita. Bila dah kena macam tu, baru terasa. Jangan pula, sebab nak menunjukkan anda ini seorang Tutor KITAB yang hebat, anda selesaikan semua latihan Matematik dalam buku-buku latihan Tutee anda. Terbeliak mata budak tu nanti. Abang/kakak Tutor ni nak mengajar akukah atau nak tunjuk hebat?

Hati-hati, jangan sampai terkeluar kata-kata, "Alah soalan macam ni, seminit sahaja aku boleh siapkan. Orang lain ambil masa 10 minit."

Jaga-jaga. Jangan riak. Orang yang riak, suka berpura-pura untuk mengharapkan pujian. Apabila orang memuji, bertambah baik kerjanya, apabila dikritik, bertambah merosot kerjanya. Tolong jangan buat begini, para tutor yang dihormati sekalian. Ingat apa matlamat penubuhan KITAB. Program ini dibuat untuk mendidik mahasiswa supaya menjadi pendidik yang berkualiti bukan kerana wang, bukan kerana pujian. Tingkatkan kualiti anda tidak kira sama ada anda dikritik atau pun dipuji.

9. Cinta dunia
Kita hidup di dunia cuma sementara. Jangan mengejar harta benda, mengejar kepentingan diri semata-mata. Luangkan masa untuk kebajikan. Duit itu kalau terbakar, hanguslah dia. Namun amal kebajikan itu adalah saham anda di akhirat. Hari ini anda mengajar anak En. Hamid, esok lusa anda mengajar anak Kak Ana (Anjung Warisan Kafe, Kolej Rahman Putra, Penaja Air Minum kita). Cuba bayangkan, esok lusa, anak En. Hamid pula mengajar kawan-kawan dia, dan anak-anak Kak Ana pula mengajar kawan-kawan dia. Ilmu yang anda sampaikan disebarkan. Saham juga tu.

Apabila datang ke Kelas KITAB sebagai tutor, semasa melangkah keluar dari pintu bilik kolej anda, niatkan dalam hati, anda ikhlas menjadi tutor kerana ikhlas untuk membantu anak bangsa, ingin mendapat keredhaan-Nya, dan pada masa yang sama untuk meningkatkan kualiti dan kepakaran sebagai seorang pendidik, supaya dapat memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat kita, agama kita dan negara kita. Sekiranya anda ditakdirkan mati semasa dalam perjalanan ke kelas KITAB, apakah rasionalnya? Niat anda ketika itu mahu berbakti, mahu berjihad...

Ya Allah, Ya Tuhanku... berilah keberkatan, keredhaan, kemudahan dan rahmat kepada kami, sekalian tutor-tutor KITAB. Berilah kebahagiaan, kejayaan dan kegembiraan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan KITAB.

Amin.

Selamat berjuang kepada semua tutor KITAB. Tetapkan hati kita semua, membimbing untuk mendapat keredhaan-Nya.

Monday, March 5, 2007

Marilah Berjuang - Tanamkan Jiwa Pendidik Dalam Dirimu

Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan. Dalam persaudaraan dan perpaduan terkandung nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Maka nilai-nilai ini menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat.

Justeru, tuntutan berbuat baik atau melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala khususnya bagi mereka yang dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Kerana itu, beruntunglah orang-orang yang diberi oleh Allah s.w.t. kelebihan suka menolong orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya : “ Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

Berdasarkan hadir tersebut, maka beruntunglah kita atau bagi sesiapa yang menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan terhadap musibah yang ditanggung oleh seseorang. Oleh itu, yang jelas bagi kita semua, bahawa seruan amalan suka menolong dan membantu orang lain adalah termasuk didalam amal ibadah, bahkan pahalanya lebih besar daripada beriktikaf di dalam masjid.

Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menghuraikan hadis tersebut dengan menjelaskan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya, dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian banyakkan membantu atau menolong orang yang memerlukan bantuan kerana Allah.

Petikan dari sumber: www.islam.gov.my

Berita KITAB: Taklimat Tutor Berjalan Lancar

BERITA 1: TAKLIMAT TUTOR BERJALAN LANCAR DAN TURUT MENDAPAT PENYERTAAN PELAJAR DARI FAKULTI LAIN.

ISNIN, 5 MAC 2007, FAKULTI PENDIDIKAN:
Walaupun jadual kuliah pada hari ini agak padat bagi kebanyakan pelajar, namun sekitar 25 orang pelajar berjiwa pendidik berjaya meluangkan masa untuk sesi taklimat ringkas. Tutor-tutor yang hadir adalah berbilang kaum. Selain itu, terdapat juga beberapa pelajar dari fakulti lain yang turut hadir mendengar taklimat untuk menjadi tutor.

Beberapa orang pelajar yang tidak dapat hadir turut menghantar SMS yang mengandungi butir-butir maklumat diri untuk diisi di dalam borang tutor.


(Komen pemberita: Rata-rata pelajar ialah siswi, tahniah buat siswi. Anda memang berjiwa pendidik. Kaum siswa, jangan mengalah! Kita lawan balik!)

Ehem. Kita kembali ke laporan berita. Taklimat ringkas ini disampaikan oleh Melissa (Timbalan Pengarah Operasi KITAB/Presiden PMP), manakala persediaan persembahan Power Point oleh Amien (Pengarah KITAB). Turut hadir membantu dalam persiapan dan memastikan kelancaran taklimat ialah Setiausaha KITAB, Aemyliza, Ketua Unit Penyelaras Tutor, Farahwahida, Ketua Unit Kebajikan & Pengangkutan, Dayana, Ketua Unit Perhubungan, Dzulfadli, Ketua Unit Publisiti dan Tajaan, Chu Wai Seng dan beberapa orang sukarelawan. Persiapan tempat sebelum ini telah dilaksanakan oleh Shamilatul, Ketua Unit Persiapan Tempat.

Semasa sesi soal jawab, antara perkara yang ditanya ialah berkaitan pengangkutan, pakaian dan sijil Untuk makluman semua, pada hari Khamis atau Rabu, akan ada bas yang melalui Fakulti Pendidikan sekitar jam 10.30 malam dan 11.00 malam. Oleh itu para tutor tidak perlu risau mengenai pengangkutan untuk pulang ke kolej masing-masing.

Dari aspek pakaian pula, tutor tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau ketat. Siswi boleh memakai seluar asalkan seluar tersebut longgar (tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh).

Sijil penyertaan buat masa ini akan diberikan kepada tutor yang hadir 80% atau 4 kali daripada 5 pertemuan (kelas bimbingan). Namun begitu, memandangkan ada tutor yang ingin hadir setiap minggu tetapi terdapat kongkongan dari segi jadual kuliah/kuiz atau ujian, pihak jawatankuasa KITAB akan membawa perkara ini ke perbincangan selanjutnya mengenai pembahagian sijil untuk tutor yang hadir sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan.

Penyertaan masih dibuka, pelajar yang ingin menjadi tutor boleh mendapatkan borang tutor dengan saudari Farahwahida (Penyelaras Tutor). Kita memerlukan ramai lagi tutor, ini kerana akan ada peningkatan dari segi bilangan tutee di Desa Bakti.

Apa pun, syabas buat semua jawatankuasa KITAB dan pelajar-pelajar yang hadir.



BERITA 2: DAYANA BERJAYA DAPATKAN PENAJA MINUMAN UNTUK PROGRAM KITAB

AHAD, 4 MAC 2007, KOLEJ RAHMAN PUTRA:
Berita yang menggembirakan buat semua tutor dan tutee KITAB. Dayana telah berjaya mendapatkan tajaan air minuman daripada Kak Ana (Warisan Anjung Cafe) yang beroperasi di kafe Rahman Putra.

Oleh itu, para tutor semua tidak perlu lagi risau akan kehilangan suara. Oh, sebenarnya tidak perlu kehilangan suara, kerana tutor tidak perlu menjerit-jerit di dalam kelas atau mengajar seperti guru. Seorang atau dua orang tutee, duduk semeja, jika berbisik pun boleh.

Apa pun dengan adanya tajaan ini, semangat para tutor dan tutee akan dapat ditingkatkan lagi.

Sekian berita hari ini.

WARISAN TUNJANG

Penaja air minuman untuk Program KITAB Fasa 1 ialah:

WARISAN TUNJANG
(JM 0278166-V)
19-21, Jalan Besar,
81500 Pekan Nenas,
Johor.

Tel: 07-521 4686
Tel: 07-699 4202

Pengarah Urusan:
SHAMSHAHZANA BTE SAMION
No. HP: 019-736 6236



Perkhidmatan:
Roti dan Kek Liana - Pengangkutan - Pengedar Gas Petronas
Penyelenggaraan Pembersihan -Pencucian Bangunan
Membekal Makanan Mentah/Bermasak

Sunday, March 4, 2007

Berita Aktiviti Program KITAB: Kejayaan Taklimat Ibu Bapa

JUMAAT, 2 MAC 2007: Satu pertemuan antara Ahli-ahli Jentera Penggerak KITAB dengan Warga Desa Bakti telah berjaya diadakan di Surau Desa Bakti, selepas solat Isyak berjemaah, Jumaat lalu. Bilangan hadirin dianggarkan sekitar 40 orang.

Antara yang hadir ialah Penghulu Desa Bakti, En. Hamid Dahar, Imam Surau Desa Bakti, En. Ahmad Abdullah, Penasihat KITAB, En. Hassan Hushin (Penasihat PMP), Pengarah/Pengasas KITAB, En. Amien (SPACEUTM), Timbalan Pengarah Operasi KITAB, saudari Melissa Rosila (Presiden PMP), Timbalan Pengarah Strategik KITAB, saudari Siti Salehah (Timbalan Presiden PMP), Setiausaha KITAB, saudari Aemyliza (SPI), saudari Farahwahida (Ketua Unit Penyelaras Tutor KITAB), saudara Dzulfadli (Ketua Unit Perhubungan KITAB) dan Noor Dayana (Ketua Unit Kebajikan dan Pengangkutan KITAB), para ibu bapa dan anak-anak Desa Bakti.

Antara aktiviti pada malam tersebut ialah taklimat mengenai Program KITAB, sesi soal jawab dan perbincangan mengenai soal-soal keselamatan dan pengangkutan untuk para peserta KITAB. Ibu bapa telah bersetuju untuk memberi kerjasama, berkongsi pengangkutan untk anak-anak mereka. Ada juga antara ibu bapa yang tampil memberi idea dan pandangan untuk meningkatkan lagi kelancaran program KITAB.

Apa pun, syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kejayaan ini adalah hasil komitmen anda semua. Tanpa anda, siapalah KITAB.

Sementara itu, satu taklimat ringkas sekitar 20 minit akan disampaikan kepada para tutor di Bilik Seminar Aras 2, C15 pada Isnin depan, 5 Mac 2007 (mula 1.00 ptg, tamat 1.20 ptg). Isi kandungan taklimat ini ialah penerangan mengenai tugas-tugas tutor, salah faham mengenai konsep tutor KITAB dan sesi soal jawab mengenai program KITAB.

Mahasiswa UTM yang berminat untuk menjadi tutor, juga dijemput hadir ke Bilik Seminar Aras 2, C15, Fakulti Pendidikan pada masa yang disebutkan. Borang Tutor KITAB juga akan diagihkan.

Pentingnya mengisi borang ini adalah:

  1. Untuk mempercepatkan dan mempermudahkan tugas-tugas mengagihkan tutee kepada tutor. Katakan tutee A mahu membuat kerja rumah Karangan BM Pada masa yang sama tutor A (boleh mengajar subjek BI), tutor B (boleh mengajar subjek BM), maka, dengan adanya data awal (senarai tutor), Penyelaras Tutor boleh terus memberikan tutee tersebut kepada tutor B (sebab Tutor B boleh mengajar subjek BM).
  2. Tutor-tutor yang telah mengisi borang tutor, akan segera disenaraikan dalam senarai kehadiran tutor. Oleh itu apabila tutor ini datang ke kelas bimbingan KITAB, mereka cuma perlu menandatangani pada senarai kehadiran. Tutor yang belum mendaftar boleh datang juga ke kelas bimbingan apabila ada kelapangan (rujuk jadual yang tertampal di poster KITAB), tetapi mesti mengisi borang Tutor.
Kelas pertama KITAB akan diadakan pada Khamis ini, 8 Mac 2007, (mula 8.30 malam), Mahasiswa UTM yang ada kelapangan pada petang Khamis, 8 Mac 2007 (sekitar jam 4-6 petang) dijemput hadir untuk membantu Unit Persediaan Tempat KITAB untuk menyusun kerusi/meja pada waktu petang (Khamis) tersebut. Semoga usaha kebajikan anda akan diberkati-Nya. Susunan awal (waktu petang) dibuat untuk mengelakkan tutor-tutor keletihan pada waktu malamnya untuk sesi kelas bimbingan.

Para tutor dan AJK KITAB dijemput hadir sebelum 8.30 malam untuk tujuan pendaftaran kehadiran. Pakaian bebas asalkan menutup aurat. Alat tulis perlu dibawa sendiri, begitu juga dengan buku-buku rujukan (pastikan nama tutor ada). Tutor diminta mengalas perut sebelum datang ke kelas KITAB.

Kelas KITAB pada 8 Mac akan tamat pada jam 9.45 malam. Ini adalah untuk membolehkan tutor-tutor yang menaiki bas ke program KITAB, balik dengan menaiki bas UTM ke kolej masing-masing.

Thursday, February 22, 2007

SEMANGAT MAHASISWA MAHASISWI PENDIDIKAN DIPUJI!

FAKULTI PENDIDIKAN, 22 FEBRUARI 2007: Mesyuarat khas KITAB Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dan unit-unit telah digerakkan. Dengan izin Tuhan, bilangan tutor telah meningkat sebanyak 30 orang. Ini adalah jasa salah seorang warga Fakulti Pendidikan, iaitu Hadi 2 SPF yang juga merupakan JKM KRP. Program ini turut dihadiri oleh Penasihat PMP (Penasihat KITAB), En. Hassan Hushin yang telah memberi banyak sokongan dan dorongan untuk program ini.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat (migrain yang sering menyerang pada pukul 2 petang ke bawah) semasa mengendalikan mesyuarat, Pengarah Program KITAB, Mohd Amien, tetap gembira dengan reaksi para tutor yang hadir dalam mesyuarat ini. Semoga Tuhan memberkati anda semua. "Saya berbangga melihat junior-junior yang berjiwa pendidik."

Mesyuarat KITAB yang kedua dijangka akan diadakan pada Hari Isnin atau Selasa, pada waktu malam. Seterusnya ialah laporan-laporan Pengarah Program berkaitan A. Masalah, B. Perubahan Nama Jawatan dan C. Tindakan Jentera KITAB yang seterusnya .


A. Masalah-masalah yang wujud:
MASALAH PERTAMA: Buat masa ini, salah satu daripada dua jawatan Timbalan Pengarah (yang dahulunya dipegang oleh Presiden LADS) masih belum disahkan. Oleh itu beberapa calon dari kalangan Majlis Tertinggi PMP telah dicalonkan. Antaranya ialah Presiden PMP. Beberapa orang pelajar yang berminat (dan merupakan antara calon-calon yang disenarai pendek) tidak dapat turut serta dalam mesyuarat ini kerana ada kelas kuliah pada waktu mesyuarat dijalankan.

MASALAH KEDUA: Masalah untuk mengadakan kelas bimbingan pada 7 MAC 2007, iaitu Malam Sekalung Budi. Ini kerana, program ini tidak lagi melibatkan LADS, oleh itu dari segi bilangan tutor akan ada masalah.

  • Cadangan pertama ialah mengubah tarikh kelas bimbingan itu hari tersebut iaitu dari 7 Mac ke 8 Mac 2007. Sekiranya perubahan tarikh benar-benar berlaku, iaitu dari 7 ke 8 Mac, maka Ketua-ketua Unit berikut: Zulfazli dan Chu Wai perlu dimaklumkan sebelum surat-surat diedarkan kepada ibu bapa (Zulfazli) dan sebelum poster dicetak dan ditampal (Chu Wai).
  • Cadangan kedua ialah memberikan pengecualian kepada semua tutor yang terlibat MSB, dan memberi taklimat khas untuk tutor-tutor yang terlibat mengendalikan Kelas Bimbingan pada 7 Mac 2007. Untuk tujuan ini, mana-mana tutor yang tidak terlibat dengan Malam Sekalung Budi, terutamanya Ketua-ketua Unit akan memain peranan penting pada malam 7 Mac 2007 dan diwajibkan hadir untuk pertemuan berkaitan dengan Kelas Bimbingan pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
  • Perbincangan antara Pengarah Program dengan Penasihat perlu diadakan seberapa segera untuk mengatasi masalah ini, iaitu selepas En. Hassan Hushin kembali ke UTM minggu depan.


B. Perubahan-perubahan dari segi nama jawatan:

  1. Jawatan Penolong Setiausaha dimansuhkan, ini kerana kerja surat-menyurat boleh juga dilakukan oleh Ketua Unit. Oleh itu, secara automatiknya, Ketua-ketua Unit membantu tugas-tugas Setiausaha KITAB.
  2. Penukaran nama Timbalan Pengarah 1 dan 2 kepada Timbalan Pengarah Strategik dan Timbalan Pengarah Operasi. Dicadangkan oleh Sally (Timbalan Pengarah Strategik KITAB). Timbalan Pengarah Strategik mengetuai barisan-barisan unit yang berkaitan dengan Penyelarasan Tutor, Perhubungan dan Informasi, Publisiti dan Tajaan (iaitu hal-hal berkaitan dengan pengurusan, komunikasi tutor-warga Desa Bakti, dan apa-apa perkara yang perlu dikendalikan semasa kelas bimbingan berlangsung. Manakala Timbalan Pengarah Operasi mengetuai perkara-perkara sebelum dan selepas kelas bimbingan berlangsung, iaitu Persediaan Tapak Program, Keselamatan, Kebajikan dan Pengangkutan, Peralatan dan Teknikal.



C. Tindakan yang perlu diambil oleh Jentera KITAB:

Tindakan Pengarah Program Seterusnya:
Kertas kerja KITAB akan disusun semula mengikut format HEP dan akan cuba dihantar ke HEP pada esok hari.

Selain itu, fail-fail yang berkaitan dengan poster perlu dihantar kepada saudara Chu Wai Seng, 1 SPK untuk diubahsuai.

Mengatur isi kandungan untuk mesyuarat yang seterusnya.

Menerima maklum balas daripada semua unit mengenai apa-apa perkara yang memerlukan perhatian segera. Mengatur strategi dan memberi panduan terhadap unit-unit di bawahnya.

Memandangkan ada perubahan dari segi jadual waktu kelas bimbingan yang pertama, Ketua Unit Perhubungan KITAB, saudara Zulfazli, perlu dihubungi seberapa segera mengenai surat yang hendak diedarkan kepada warga Desa Bakti. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.


Tindakan Timbalan Pengarah Program seterusnya:
Melakukan semakan terakhir terhadap kertas kerja sebelum dihantar semula kepada Pengarah Program.

Berurusan dengan apa-apa tugas yang berkaitan dengan unit-unit di bawahnya.


Tindakan Ketua-ketua Unit:
Bagi tindakan-tindakan yang memerlukan kelulusan pihak atasan, pastikan anda semua berurusan dengan Timbalan Pengarah Strategik KITAB, Sally 2 SPF. Surat-surat yang memerlukan 'letter head' boleh diminta menerusi Timbalan Pengarah Strategik atau Setiausaha KITAB.

Sila maklumkan sebarang masalah kepada Pengarah Program atau Timbalan Pengarah Program. Masalah yang dihadapi akan segera dianalisis dan diambil tindakan.

Setiap Unit diharap dapat menyediakan laporan untuk mesyuarat seterusnya. Di ulangi, mesyuarat KITAB yang kedua dijangka akan diadakan pada Hari Isnin atau Selasa, pada waktu malam.

Laporan tersebut boleh dibuat secara ringkas:
1. Senaraikan tindakan yang telah dibuat.
2. Apa masalah yang timbul?
3. Apa cara yang dibuat untuk mengatasi masalah?
4. Persoalan (jika ada apa-apa yang tidak difahami berkaitan bidang tugas).

Nota: Pengarah Program masih diserang migrain semasa berita ini ditulis, namun adakah itu akan menghalang seorang mahasiswa pendidikan daripada meneruskan perjuangan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam KITAB? Tidak! Mahasiswa pendidikan mesti mampu menghadapi segala cabaran! Syabas semua!